Kebaikan Daily Essential Set
Tingkatkan pengambilan vitamin dan mineral anda dengan rangkaian produk nutrisi penting kami dan optimumkan kesihatan anda.
Nutrisi penting Shaklee melengkapi keperluan nutrisi asas anda dengan gabungan Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder, Vita-Lea®, OmegaGuard™ dan Sustained Release Vita-C Plus™. Dengan 28 vitamin dan mineral penting, asid lemak omega-3, 14g protein setiap hidangan, dan 500mg Vitamin C semula jadi setiap hidangan, pek nutrisi penting ini membantu tubuh anda mendapat nutrisi asas berkhasiat yang ia perlukan untuk menyokong kesihatan yang optimum.
1. Sustained Release Vita-C Plus
Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*
Tahukah Anda?
Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.
Keistimewaan Shaklee
Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.
2. Omega Guard
Spektrum lengkap asid lemak perlu omega-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.
Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan – asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia.*
Keistimewaan Shaklee
Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
- Omega Guard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
Penyulingan Molekul Berganda
- Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.
Sahabat Laut
- Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.
3. Vita-Lea Iron
Menyokong kesihatan optimum. Nutrien penting untuk kesihatan dan kesejahteraan optimum.
Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.
Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.*
Keistimewaan Shaklee
Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea®.
4. B-Complex
Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda*
Keistimewaan Shaklee
Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten
- Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.
Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.
Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.
5. Energizing Soy Protein (ESP)
Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama
Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.
Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*
Tahukah Anda?
Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.
Keistimewaan Shaklee
- Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
- Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
- Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
- Membekalkan 9 asid amino.
- Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.
6. VIVIX
Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.*
Keistimewaan Shaklee
Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa.
Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.