Keperluan Vitamin C Pada Tubuh Badan

Keperluan vitamin yang mencukupi dalam badan sangat diperlukan agar badan kita kekal sihat dan bertenaga. Kita tak rasa cepat letih dan lesu. Badan pun rasa bertenaga dan segar.

Antara vitamin yang wajib kita ambil untuk tubuh kita, salah satunya adalah VITAMIN C.

FUNGSI VITAMIN C

Vitamin C adalah sangat diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita.

Vitamin C juga membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah.

Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.

Vitamin C adalah antioksidan , bersama dengan vitamin E , betakarotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA.

Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan astritis.

FUNGSI LAIN :

  • Membantu sistem pertukaran hydrogenion
  • Antioksidant yang kuat
  • Melindungi antioksidant yang lain (vitamin E/A dan Essential Fatty Acids)
  • Membantu penyerapan zat besi
  • Menukar folic asid kepada folinic acid
  • Anti kanser
  • Membentuk tyrosine (hormon tyroid)
  • Penjanaan proline & tryptophan bagi pembentukan kolagen
  • Menyegerakan penyembuhan luka
  • Metabolisme bagi cholestrol

Vitamin C juga merupakan penyokong utama kepada vitamin-vitamin A, vitamin B, vitamin E dan sebagainya. Pengambilan vitamin jenis ini tanpa adanya Vitamin C adalah tidak berhasil atau tidak berkesan sama sekali. Betapa pentingnya Vitamin C ini.


KENAPA KITA PERLU MAKAN VITAMIN C ?

Mengawal Jangkitan

  • Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selsema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selsema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semula jadi badan.
  • Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.

Asma & Elergi

  • Di dalam Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana supplement memperbaiki tisu-tisu badan tidak memberi kesan seperti ubat.
  • Untuk asma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan 1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan asma. Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.

Serangan Jantung

  • Kekurangan vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam arteri yang menjadi punca kepada masalah ini. Pengambilan vitamin C mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.

Stress

  • Menghadapi stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah kehilangannya dalam keadaan stress. Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress. Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari toksin yang terhasil semasa stress.

Gout

  • Menurut ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik dalam badan.

Batu Hempedu 

  • Pengambilan 2000mg vitamin C setiap hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.

Masalah Penglihatan

  • Seperti karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan, yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang mana melindunginya dari glaukoma.

KEKURANGAN VITAMIN C

Vitamin C sangat penting bagi tubuh manusia dan jika kekurangan vitamin C maka sangat banyaklah akibatnya. Sebab nutrisi yang paling penting di dalam tubuh manusia adalah vitamin C !

  • Berkuragnya tenaga secara kronik , kemurungan dan badan lemah.
  • Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal).
  • Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki , sendi-sendi.
  • Dan kerosakan kuku (nailbeds).
  • Penyakit kulit. Kulit menjadi lebam kebiruan.
  • Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi.
  • Masalah pengahadaman.
  • Sukar mengawal stress.
  • Selalu selsema , letih dan demam.

Cara paling mudah dan selamat untuk memastikan kandungan vitamin C sentiasa cukup dan lengkap untuk badan ialah dengan mengambil Sustained Relaese Vitamin C yang diformulakan oleh Shaklee.

1 tablet vitamin C ini membekalkan 500mg vitamin C dan menggunakan konsep sustained release di mana vitamin C akan dilepaskan secara berkala (100mg setiap 1 jam dan digunakan oleh badan) selama 5 jam.

Apa Kepentingan Sustained Release?

Vitamin C yang tidak mengandungi formula sustained release , akan mengakibatkan pembaziran . Contohnya anda makan vitamin C 1000mg ( yang tiada sustained elease) hanya 100mg akan diserap pada suatu masa dan bakinya dibuang begitu sahaja.

Tahukah anda ? 1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren. 7 biji oren dah berapa ringgit kan? Vitamin C sememangnya berbaloi dan berkesan.

Nak cuba Sustained Release Vitamin C Shaklee yang mengandungi 180 biji sebotol ? 1 biji sehari, maka boleh bertahan untuk 6 bulan.

Di sini saya nak sharekan beberapa testimoni yang dah amalkan vitamin C Shaklee:

 

 

 

 

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplimen Shaklee?

Hubungi terus ASIAH Pengedar Shaklee Bintulu melalui whatsapp +6019-8855676
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.
Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.