Punca Cyst / Fibroid Dan Cara Atasinya

Hati saya terdetik untuk kongsi tentang penyakit berkaitan sistem peranakan yang dihidapi oleh para wanita iaitu cyst dan fibroid. Pernah juga pelanggan saya bertanyakan supplement yang boleh bantu untuk kecutkan cyst / fibroid. Jadi, bagi yang pernah mengalaminya, pasti dah tahu situasi penyakit tersebut dan cara merawatnya. Tak salah kalau kita jadikan pengetahuan, mana tau satu hari nanti orang terdekat kita dijangkiti cyst / fibroid? Nauzubillah, mintak dijauhkan.

 

Apakah itu Fibroid?

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim. Walau bagaimanapun, ia tidak merbahaya dan bukanlah sejenis kanser.

Fibroid boleh terbentuk dalam beberapa biji kecil (dalam bilangan yang banyak) ataupun dalam satu biji yang boleh aktif membesar sehingga sebesar tembikai.

Berikut merupakan jenis Fibroid :

  • Fibroid Pedunkal – Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari pangkal rahim (serviks).
  • Fibroid Subserus – Membesar di bahagian luar dinding rahim.
  • Fibroid Intramural – Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.
  • Fibroid Submukus – Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim ke bahagian dalam rahim.
Punca Fibroid
  • Penyakit ini lebih kerap dikesan pada wanita yang tidak mempunyai anak/ lambat mendapat anak.
  • Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron adalah punca utama. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid membesar.
Tanda-tanda mengalami Fibroid
Lazimnya, kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata. Wanita yang mengalami fibroid juga menunjukkan tanda-tanda yang berbeza dengan wanita yang lain. Ia bergantung pada saiz dan lokasi fibroid terjadi dalam rahim, dan mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut :
  • Terasa senak di bahagian bawah abdomen/tekanan pada pelvis
  • Senggugut yang teruk
  • Mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan ketika haid
  • Pendarahan pada masa sebelum hari yang sepatutnya kedatangan haid
  • Mengalami perut buncit yang luar biasa
  • Wanita yang sering keguguran dan mengalami masalah sukar untuk hamil
  • Sembelit (akibat tekanan fibroid pada saluran najis) dan kerap buang air kecil
** Kalau ada tanda-tanda di atas, elok buat pemeriksaan lanjut.
Kesan Fibroid
Tidak semua pesakit Fibroid mengalami keuskaran untuk hamil, hanya segelintir sahaja. Ini kerana, embrio menghadapi kesukaran untuk menempel pada dinding rahim disebabkan kehadiran Fibroid.
Bergantung pada saiz Fibroid, sekirnaya terlalu besar, boleh menyebabkan salur fallopio tersumbat, dan mengakibatkan kesukaran untuk hamil.
Wanita yang mengalami Fibroid dan hamil pada masa yang sama akan mengalami kesakitan dan tekanan pelvik.
Oleh itu, sebaiknya jika Fibroid dikesan sebelum kehamilan lagi, eloklah mengambil langkah rawatan yang sewajarnya secepat mungkin. Ini kerana, Fibroid berisiko untuk membesar bersama-sama bayi dalam kandungan jika didapati mengandung semasa menghadapinya.
Langkah Rawatan
Setiap penyakit In shaa Allah ada ubatnya. Jika saiz Fibroid kecil dan tidak berbahaya, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap melalui imbasan CT Scan dan juga dengan pengambilan supplement yang sesuai.
Antara pilihan rawatan
* Pembedahan Buang Rahim (Histerektomi) – Jika wanita tersebut membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi, ini adalah pilihan terbaik. Ia dapat mengelakkan fibroid secara kekal.
Kesan : putus haid (menopaus) dan tidak boleh hamil lagi.
* Pembedahan Fibroid tanpa membuang rahim (Miomektomia) – pesakit boleh hamil jika memilih kaedah ini. Namun, kemungkinan untuk kehadiran semula Fibroid adalah dalam tempoh 10 tahun.
* Suntikan untuk mengecutkan rahim – tidak akana menghilangkan fibroid sepenuhnya dan rawatan ini hanya boleh diberi untuk enam bulan.
Apa itu Cyst?

Kategori cyst berbeza-beza mengikut jenis dan lokasinya. Salah satunya adalah Cyst Ovari – pengumpilan cecair yang berada dalam ovari wanita.
Ia berpotensi berlaku paling kerap ketika usia wanita subur, iaitu seawal remaja sehingga sebelum putus haid.
Kebanyakan cyst ini dari jenis tidak merbahaya (benign) dan ia biasanya terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam kita haid.
Rawatan untuk Cyst
  • Ujian ultrasound / CT Scan boleh membantu mengesahkan status cyst ini.
  • Rawatannya bergantung pada saiz cyst, usia pesakit, kekerapan kesakitan berlaku dan jenis cyst itu sendiri.
  • Jika berisiko tinggi, pembedahan untuk mengeluarkan kantung tersebut daripada ovari dan sampel sel diuji samada mengandungi sel kanser atau tidak.
Sebelum pesakit Fibroid dan Cyst mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan, ataupun yang baru dapat kesan penyakit ni, saya cadangkan agar mencuba dengan rawatan menggunakan Supplement Shaklee. In shaa Allah GLA Complex daripada Shaklee dapat membantu mengecutkan saiz fibroid / cyst.
Bagaimana Set Shaklee bantu mengecutkan Fibroid & Cyst ?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan penyakit yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuklah cyst dan fibroid yang mana berkemungkinan untuk menjadi kanser.
Dengan pengambilan supplement antioksidan, ia dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini dalam tubuh kita.

 

wordswag_1518336481004859563697.png

 

Kandungan Vivix yang sangat tinggi antioksida membantu memperbaiki sel-sel badan
yang telah rosak dan tidak mempu berfungsi sepenuhnya. Dan paling penting, Vivix membantu untuk buang kandungan toksin yang sangat – sangat tinggi di dalam organ hati, ginjal dan juga buah pinggang.
Vivix bertindak untuk cuci ataupun sebagai agen detoks keseluruhan badan termasuk saluran darah kita. Vivix juga bertindak untuk meningkatkan tenaga kepada sel-sel badan yang telah lemah.

 

27906651_1277831609026940_1693944823_o

Fungsi Gamma-Linoleic Acid (GLA Complex Shaklee) adalah untuk menstabilkan hormon dalam badan. Lebihan penghasilan hormon estrogen akan merangsang pertumbuhan fibroid. Sepatutnya, ada keseimbangan antara hormon Estrogen (dihasilkan oleh kilang ovari) dan Progesteron (dirembeskan jika berlaku ovulasi / penetasan telur).

Jika tiada proses pengovulan, kandungan progesteron tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa tindakan progesteron. Kesannya, berbagai jenis pertumbuhan berlaku dalam rahim atau payudara, dan diantaranya fibroid, cyst atau kanser. Di sinilah GLA Complex Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan dan dapat mencegah fibroid, cyst mahupun kanser.

 

Pengambilan Vitamin A (Carotomax)Vitamin C, dan Vitamin E yang merupakan
anti-oksidan yang berkesan, juga dapat membantu badan kita untuk menentang
radikal bebas ini dari terus menyerang sel badan kita, dengan izin Allah.