Tanda-tanda Batu Karang dan Cara Untuk Atasinya

Apa itu penyakit batu karang ?

Batu karang adalah mendapan yang terjadi dalam saluran kencing iaitu hasil daripada mineral dan asid garam. Selalunya terjadi batu karang apabila air kencing menjadi pekat dan membentuk kristal.

 

 

Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang , pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing ).

Terdapat beberapa jenis batu karang yang biasa terjadi iaitu Batu Kalsium, Batu Struvite, Batu Asid Urik dan Batu Kristal.

 

JENIS-JENIS BATU KARANG :

1. Batu Kalsium 

Terjadi dalam bentuk kalsium oxalate iaitu bahan semulajadi terdapat dalam makanan kita. Beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kacang dan coklat, mempunyai tahap oxalate tinggi. Selain pengambilan dos yang tinggi untuk vitamin D boleh menyebabkan Batu Kalsium.

2. Batu Struvite

Batu struvite terbentuk dalam tindak balas kepada jangkitan, seperti jangkitan saluran kencing. Batu-batu ini boleh berkembang dengan cepat dan menjadi agak besar, kadang-kadang dengan beberapa tanda-tanda atau amaran.

3. Batu Asid Urik

Terjadi disebabkan pengidapnya tidak minum air secukupnya ataupun orang-orang yang makan diet protein tinggi, dan mereka yang mempunyai gout.

4. Batu Kristal

Batu-batu ini terbentuk di dalam orang-orang dengan penyakit keturunan yang menyebabkan buah pinggang untuk mengeluarkan terlalu banyak asid amino tertentu (cystinuria) .

Kesakitan batu karang ini boleh berubah-ubah disebabkan beralih tempat dalam saluran kencing.

 

GEJALA / TANDA-TANDA BATU KARANG 

 

📌 Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan.

📌 Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

📌 Air kencing berdarah

📌 Air kencing keruh dan berbau busuk

📌 Mual dan muntah

📌 Sentiasa terasa hendak kencing

📌 Demam dan menggigil ( jika ada jangkitan)

📌 Ada butiran halus di dalam air kencing

📌 Ada kesan darah di dalam air kencing

📌 berasa sakit atau panas ketika kencing

 

SIAPAKAH YANG BERPOTENSI TERKENA PENYAKIT BATU KARANG ?

  • Kerap tahan air kencing 
  • Makan minum tak jaga
  • Kurang minum air masak
  • Kurang bersenam
  • Pengambilan ubat yang berlebihan ( terutama panadol)

 

BAGAIMANA PENYAKIT BATU KARANG  BOLEH TERJADI ?

Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah.

Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya , batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kitamembuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.

 

PUNCA TERJADINYA PENYAKIT BATU KARANG 

1. Kurang pengambilan air

  • Jika tak minum air yang cukup terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Jadi, lebih mudah mengalami masalah batu karang.

2. Sejarah keluarga / sendiri

  • Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

3. Penyakit tertentu

  • Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria iaitu masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang. Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.

4. Kesan sampingan ubat

  • Sesetengah ubat seperti ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

5. Pemakanan

  • Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin & asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercengkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh menigkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat ( buah-buahan, sayur-sayuran & bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

6. Kurang bergerak

  • Individu yang kurang bergerak jarung bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

 

SET SHAKLEE YANG DISYORKAN UNTUK PESAKIT BATU KARANG

Vitamin C Shaklee – untuk mengasidkan urin kita iaitu air kencing. Kerana air kencing yang berasid tidak akan menghasilkan batu karang.

Ostematrix Shaklee – mengandungi magnesium iaitu mengurangkan oxalate yang terdapat dalam makanan kita makan setiap hari.

B-compleks Shaklee – mengandungi B6 iaitu penyakit batu karang disebabkan kekurangan vitamin B6 dan bantu menurunkan oxalate ( garam mineral)

Alfalfa Shaklee – mengurangkan inflamasi ataupun keradangan dan infeksi.

Carotomax Shaklee –  menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang.

Lecithin & Omega guard Shaklee – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang.

 Vivix Shaklee – membantu memperbaiki sel DNA di dalam badan.

 

 

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplimen Shaklee?

Hubungi terus ASIAH Pengedar Shaklee Bintulu melalui whatsapp +6019-8855676

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.